ADUN Lingga Santuni Warga Emas Di Kampung Tengah Lingga

SELASA, 4 JANUARI 2022

LINGGA: Prihatin dengan golongan yang memerlukan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor turun padang menyantuni warga emas yang baru sahaja keluar dari Hospital Sri Aman pada Isnin.

Beliau telah melawat warga emas di Kampung Tengah Lingga iaitu Stewart Tinggi@Abd Karim Abdullah yang mengalami penyakit sesak nafas.

Dalam pada itu, Dayang turut menyantuni Ketua Kampung Tengah, Mazlan Ramji dan Ketua Kampung Hulu Lingga, Roselan Jaya. -EDISI UKAS

add comment