ADUN Tupong Serah Projek Naik Taraf Padang Futsal Taman Sri Harmoni

SELASA, 4 JANUARI 2022

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman turun padang bagi menyaksikan penyerahan Projek Naik Taraf Padang Futsal Taman Sri Harmoni pada Selasa.

Penyerahan projek disampaikan oleh wakil Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Hazwan kepada Ketua Ranting Taman Sri Harmoni, Awang Tuah.

Projek bernilai RM100,000 tersebut telah siap dilaksanakan oleh MPP pada 22 Disember 2021 bagi memberikan keselesaan kepada golongan belia di kawasan berkenaan mengadakan aktiviti bersukan. -EDISI UKAS

add comment