Pusat Khidmat DUN Stakan Beri Skim Galakan Pendidikan Kepada 3 Pelajar

SELASA, 4 JANUARI 2022

KUCHING: Seramai tiga orang pelajar dari kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Stakan menerima Skim Galakan Pendidikan sumbangan Pusat Khidmat DUN Stakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim dalam hantaran di laman Facebook miliknya pada Selasa berkata, bantuan tersebut melibatkan penerima yang kini melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau memberitahu, penerima adalah terdiri daripada Mohammad Faiz Syukri yang kini sedang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia di Insitut Pengajian Guru (IPG) Kampus Sarawak.

Penerima kedua pula ialah Nur Afif Annuar yang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Manakala, penerima ketiga ialah Mohammad Zafharul Hasnizal Zaluhi yang kini sedang menuntut dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Ujar Datuk Hamzah lagi, beliau berharap dengan adanya Skim ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu kewangan dan menaikkan semangat mereka untuk belajar dengan lebih rajin lagi.-EDISI UKAS

add comment