‘Walk-In’ Di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Limbang, Klinik Kesihatan Batu Danau Untuk Dapatkan Dos Penggalak Vaksin COVID-19

SELASA, 4 JANUARI 2022

LIMBANG: Penduduk Limbang yang layak digesa untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 selewat-lewatnya Febuari 2022 bagi mengekalkan status lengkap vaksin mereka.

Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang pada Isnin memaklumkan, mereka boleh hadir secara ‘walk-in’ ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Limbang pada 8 Januari dan 9 Januari 2022 dari jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang.

Manakala, Klinik Kesihatan Batu Danau Limbang pada 13 Januari 2022 dari jam 8:00 pagi hingga jam 1:00 petang.

Individu berumur 18 tahun ke atas layak menerima suntikan dos penggalak sekurang-kurangnya selepas tiga bulan menerima dos kedua vaskin jenis Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan diminta menghubungi Hotline Pusat Pemberian Vaksin Limbang melalui aplikasi Whatsapp di talian 013-8301046.-EDISI UKAS

add comment