Datuk Amar Awang Tengah Terima Kunjungan Hormat Daripada Pengerusi & Presiden Petronas

RABU, 5 JANUARI 2021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Presiden Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz di Wisma Sumber Alam, pada Rabu.

Kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan perkara berkaitan dengan tindakan susulan yang perlu diambil selaras dengan Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) di antara Kerajaan Sarawak dan Petronas.

Turut hadir ialah Menteri Muda Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -EDISI UKAS

add comment