Laksana Beberapa Inisiatif Tingkat Kualiti Pendidikan Di Sarawak

RABU, 5 JANUARI 2022

SERIAN: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn memulakan tugas rasminya yang pertama dengan menyempurnakan Majlis Libaturus Pengetua dan Guru Besar dari Pejabat Pendidikan Daerah Serian pada Rabu.

Semasa berucap dalam majlis tersebut, beliau memberitahu beberapa insiatif dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Sarawak.

“Kita juga akan meningkat tenaga pengajar dan ketua-ketua tenaga pengajar.

“Begitu juga dengan menaik taraf sekolah-sekolah dan menyediakan kemudahan lengkap untuk setiap sekolah termasuklah penggunaan internet,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa semua cadangan yang telah dikemukakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan dipertimbangkan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus dan ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.-EDISI UKAS

add comment