Omicron Dijangka Lonjakkan Kes COVID-19 Di Sarawak, Rakyat Diseru Dapatkan Dos Penggalak

RABU, 5 JANUARI 2022

KUCHING: Varian Omicron yang telah dikesan pertama kali di Sarawak pada 17 Disember 2021 dijangka akan menyebabkan lonjakan kes dalam dua minggu hingga empat minggu lagi.

Timbalan Ketua Menteri, Dato’ Sri Prof Dr. Sim Kui Hian berkata, rakyat Sarawak perlu bersiap siaga menghadapi kemungkinan ini.

“Walaupun varian Omicron tidak seteruk varian Delta seperti yang diperhatikan dari corak jangkitan di luar negara, bilangan kes yang banyak masih boleh mempengaruhi kemudahan penjagaan kesihatan dan mengganggu sektor perkhidmatan penting sekiranya ramai dijangkiti.

“Pada masa sama, kita juga harus berwaspada dengan varian ‘DelMicron’ (gabungan varian Delta dan Omicron) dari negara-negara yang sedang berdepan dengan gelombang semasa varian berkenaan,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau pada Isnin.

Sehubungan itu, Dato’ Sri Prof Dr. Sim menasihati orang ramai untuk mengambil dos penggalak sebagai perlindungan diri mereka.-EDISI UKAS

add comment