Pejabat Daerah Tebedu Yang Baharu Mulai Beroperasi

RABU, 5 JANUARI 2021

SERIAN: Pejabat Daerah Tebedu yang baharu mulai beroperasi secara rasminya pada Rabu.

Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw memberitahu, Pejabat Daerah Tebedu tersebut akan beroperasi seperti biasa dan pejabat yang lama bakal ditutup sepenuhnya pada Jumaat ini.

Jelasnya, Pejabat Ketua Masyarakat turut berpindah dan segala urusan pentadbiran kampung termasuk urusan ketua kaum akan dilakukan di Pejabat Daerah Tebedu yang baharu, manakala perkhidmatan Pejabat Pos dan Pejabat Pendaftaran Negeri masih kekal di bangunan yang lama.

Joseph merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak yang telah menyediakan kemudahan kepada penduduk di daerah Tebedu.

Dalam pada itu, majlis pemberkatan bangunan tersebut telah disempurnakan oleh Rev.Father John Direk dari Paroki Bunan. -EDISI UKAS

add comment