Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Di Sarawak Terus Catat Peningkatan

RABU, 5 JANUARI 2022

KUCHING: Sarawak terus menjadi negeri yang mempunyai kadar pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 tertinggi di dalam Malaysia.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat 2 Januari 2022, jumlah kumulatif pemberian dos penggalak di Sarawak adalah 1,152,900 atau 56.4 peratus.

Jumlah ini jelas menunjukkan peningkatan sekiranya dibandingkan dengan data yang dikeluarkan pada 26 Disember 2021 iaitu 1,082,753 atau 53 peratus.

Dalam pada itu, orang ramai yang belum mendapatkan vaksin dos penggalak diseru untuk mendapatkannya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdekat.-EDISI UKAS

add comment