PPV Dewan Masyarakat Daro Dibuka Bagi Pemberian Dos Penggalak Bermula 10 Januari Ini

RABU, 5 JANUARI 2022

DARO : Pemberian Vaksin Dos Penggalak bagi Warga Daro akan diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Daro bermula pada 10 Januari sehingga 28 Januari 2022.

Masa operasi adalah dari 8 pagi sehingga 4 petang bagi temujanji yang telah dihantar melalui aplikasi MySejahtera ataupun boleh hadir secara ‘Walk-In’. 

Dalam pada itu, orang ramai yang telah lengkap dua dos sekurang-kurangnya 3 bulan bagi penerima vaksin jenis Pfizer, Sinovac, Astrazaneca, Cansinobio dan Sputnik serta sihat dan tiada gejala boleh hadir ke PPV tersebut bagi mendapatkan dos penggalak. 

Sehubungan itu, orang ramai yang belum mendapatkan dos penggalak diseru agar hadir ke PPV Dewan Masyarakat Daro dengan membawa kad pengenalan atau passport dan kad vaksin semasa hadir bagi mendapatkan dos penggalak tersebut. – EDISI UKAS

add comment