Amalan Bersukan Dan Gaya Hidup Sihat Perlu Diteruskan Bagi Menghadapi Pandemik COVID-19

KHAMIS, 6 JANUARI 2022

KOTA SAMARAHAN: Amalan bersukan dan gaya hidup sihat perlu diteruskan walaupun ketika dilanda  pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang memberitahu, ianya dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat akibat penularan COVID-19.

“Sebagai contoh, kejayaan pelaksanaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun pada tahun lepas dilaksanakan dengan norma baharu dalam keadaan yang gilang-gemilang bersesuaian dengan keadaan semasa pandemik ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan Karnival Sukan Komuniti Asajaya 2021 di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Selasa.

Selain itu, Rubiah juga menasihatkan agar pertubuhan komuniti untuk turut serta secara aktif dalam membantu masyarakat terutamanya bagi golongan terjejas dan memerlukan bantuan sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat dan Pengerusi Persatuan Sukan Komuniti Daerah Asajaya, Drahman Dobi. -EDISI UKAS

add comment