Dato Henry Harry Tinjau Dua Lokasi Mudah Banjir Di Bau

KHAMIS, 6 JANUARI 2022

BAU: Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Dato Henry Harry Jinep melakukan tinjauan di dua lokasi mudah banjir di Bandar Bau pada Khamis.

Lokasi pertama yang ditinjau adalah di sekitar kawasan perparitan yang sering dilanda banjir apabila berlakunya hujan lebat.

Manakala lokasi kedua adalah di Kampung Serikin yang berhadapan dengan masalah sungai yang cetek sehingga menyebabkan air sungai melimpah ketika hujan lebat sehingga mengakibatkan rumah penduduk kampung terjejas.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru turut membawa bersama Jurutera (Awam), Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Kuching Samarahan, Alsyrossi Safiee dalam tinjauan tersebut.

Sementara itu, hasil daripada tinjauan tersebut Alsyrossi Safiee memaklumkan bahawa pihaknya akan melakukan kerja-kerja pembersihan saliran bagi memudahkan air untuk mengalir keluar, manakala kerja-kerja mengorek dasar serta melebarkan tebing sungai pula akan dilakukan di Kampung Serikin. -EDISI UKAS

add comment