INSYAAF Sasar 5000 Peserta Seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura Dan Brunei

KHAMIS, 06 JANUARI 2022

KUCHING : International Nafas Symposium (INSYAAF) telah berjaya menganjurkan sebanyak lima siri pada tahun 2021 dan seterusnya pada tahun 2022 sebagai platform memberi sokongan emosi dan psikologi masyarakat dalam menghadapi cabaran COVID-19.

Berucap pada sidang media, Pengarah Urusan Total Life EMQR Motivation Academy, Dr Juliazira Jamain berkata, langkah-langkah proaktif menerusi pendekatan yang pelbagai serta bersepadu daripada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan adalah penting sebagai sistem sokongan dalam mendepani cabaran COVID-19.

“Hal ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan menerusi pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ agar semua lapisan masyarakat bersifar cakna dan prihatin terhadap keperluan emosi dan psikologi terutama bagi golongan yang terkesan akibat pandemic COVID-19,” katanya.

Tambahnya lagi, peserta akan didedahkan tentang kepentingan nafas dan peranannya dalam perlindungan diri dan keluarga serta persekitaran terhadap ancaman COVID-19 oleh barisan jurulatih, kaunselor, konsultan serta penceramah motivasi.

Selain itu, INSYAAF turut disokong oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Jabatan Pembangunan Wanitam serta Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai perunding teknikal untuk program World Class Wholistic Motivation P5K Edisi Khas COVID-19 bagi Kursus Pengenalan Motivasi Menyeluruh di Empat Tahap Dimensi Insan.-EDISI UKAS

add comment