INTAQIN Buka Peluang Kepada 500 Orang Anak Sarawak Bagi Melahirkan Daie Al-Quran Di Peringkat Malaysia

KHAMIS, 6 JANUARI 2022

KUCHING : International Al-Quran (INTAQIN) merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi pelajar lepasan sekolah pondok dan Maahad tahfiz. 

INTAQIN juga memberi peluang kepada pelajar yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menyambung pelajaran ke peringkat IPT.  

Menurut wakil dari INTAQIN, Dr. Rusyairie, INTAQIN mensasarkan seramai 5,000 pelajar bagi melahirkan Daie Al-Quran di peringkat Malaysia, nusantara dan seluruh dunia dalam masa tiga tahun.  

“INTAQIN membuka peluang kepada 500 orang anak Sarawak yang terdiri daripada anak-anak yatim, keluarga daif, faqir dan miskin.

“Para pelajar berpeluang menyambung pelajaran hingga ke peringkat Diploma, Degree sehingga ke peringkat PhD dalam bidang ilmu mukjizat Al-Quran yang mereka kaji,” katanya pada sidang media dalam program International Nafas Symposium Di Dewan Koperasi Usahawan Mikro Kebajikan Besatu Berhad pada Khamis.

Jelas Dr. Rusyairie lagi, tawaran INTAQIN  kepada warga sekolah pondok, madrasah dan maahad tahfiz di Sarawak ini merupakan peluang terbaik yang tidak boleh dilepaskan. 

Sehubungan itu, sebarang persoalan lanjut boleh berhubung dengan pihak pengurusan INTAQIN di talian 016-4182025 (Dr. Rusyairie), 017-2242183 (Aisyah Zakirah Nizar) dan 019-6231029 (Zainul Annuar Abdullah).-EDISI UKAS

add comment