PPV Dos Penggalak Lawas Berpindah Ke Poliklinik Kesihatan Lawas Baru

KHAMIS, 6 JANUARI 2022

LAWAS: Pejabat Kesihatan Daerah Lawas memaklumkan pemindahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dos Penggalak dari Poliklinik Lama ke Polikliniik Kesihatan Lawas Baru, Jalan Hospital Lawas bermula Sabtu dan Ahad ini. 

Dalam satu kenyataan, pemindahan tersebut terpaksa dibuat memandangkan PPV Poliklinik Lama itu sempit dan tidak dapat menampung jumlah penerima vaksin yang ramai. 

Mengambil tindakan proaktif, Pejabat Kesihatan Daerah Lawas telah mencadangkan PPV Polikliniik Kesihatan Lawas Baru dijadikan sebagai tempat pemberian vaksin dos penggalak yang baharu di daerah Lawas ini. 

Selain mereka yang mempunyai janji temu, orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin dos penggalak secara terus atau walk-in boleh juga pergi ke PPV Polikliniik Kesihatan Lawas Baru.-EDISI UKAS

add comment