Projek Naik Taraf Sistem Perparitan Kampung Sourabaya Ulu Akan Dilaksana

KHAMIS, 6 JANUARI 2022

KUCHING: Projek menaik taraf sistem perparitan di Kampung Sourabaya Ulu akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Projek menaik taraf sistem perparitan yang berjumlah RM100,000 di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 758 orang penduduk di kampung tersebut.

Kakitangan Pusat Khidmat Pantai Damai bersama dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) telah turun padang meninjau lokasi pembinaannya pada Khamis. –EDISI UKAS

add comment