Rombongan SADA Lakukan Lawatan Kerja Ke IRSDA

KHAMIS, 6 JANUARI 2022

KOTA SAMARAHAN: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) mengadakan lawatan ke Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) di sini pada Rabu.

Rombongan SADA telah diketuai oleh Pegawai Tadbir Khas SADA, Abdul Rahman Sebli Senusi dan turut dihadiri Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu.

Objektif lawatan ialah bagi melihat kaedah pengurusan dan tadbir urus pihak IRSDA dari segi pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan projek.

Ini kerana kaedah atau model SADA adalah sama seperti dilaksanakan oleh IRSDA di Samarahan. -EDISI UKAS

add comment