123 Peserta Di DUN Kuala Rajang Terima Input Bantuan AFF

JUMAAT, 7 JANUARI 2022

TANJUNG MANIS: Seramai 123 orang peserta dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang menerima Bantuan Input Agromakanan (AFF) yang bernilai RM300,000 di Medan Selera Kampung Belawai pada Jumaat.

Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datu Len Talif Salleh hadir dan menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan AFF kepada peserta daripada Kampung Rajang, Kampung Belawai, Kampung Jerijeh dan Semalau.

Pada majlis itu, seramai 24 peserta daripada Kampung Rajang telah menerima bantuan itu dan selebihnya akan diserahkan Pejabat Pertanian Sarikei kepada penerima.

Setiap seorang menerima input berupa peralatan dan mesin pemprosesan makanan.

Ketika berucap, Datu Len berharap semua peserta yang telah menerima bantuan ini agar menggunakannya dengan sebaik-baiknya dan mendapat manfaat daripada bantuan tersebut sekaligus meningkatkan produktiviti serta pendapatan keluarga.

Hadir sama Pegawai Daerah Tanjung Manis Ismail Kasah, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tanjung Manis Awang Muhammad Riduan Pemanca Morshidi Mores, Penghulu Kampung Rajang Abu Seman Masri dan Penghulu Kampung Belawai Kalali Klen.-EDISI UKAS

add comment