ADUN Stakan Tinjau Masalah Perparitan Kampung Jawa Semenggok

JUMAAT, 7 JANUARI 2022

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim turun padang bagi meninjau masalah saluran perparitan di Kampung Jawa Semenggok pada Khamis.

Sebelum itu, penduduk kampung berkenaan mendakwa terdapat masalah pada saluran perparitan sehingga menyebabkan air bertakung dalam parit tersebut dan memberi risiko kepada pembiakan nyamuk.

Susulan lawatan kerja itu, Datuk Hamzah Brahim berkata, beliau telah berhubung dan memajukan aduan tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab dan akan mengambil tindakan susulan berkaitan permasalahan ini.

Beliau juga berharap penduduk yang terjejas agar bersabar sementara beliau berusaha sebaik mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah saluran perparitan ini demi keselesaan penduduk di kampung tersebut. -EDISI UKAS

add comment