Dato Henry Harry Tinjau Lokasi Berbahaya Bagi Pengguna Jalan Raya Di Bau

JUMAAT, 7 JANUARI 2022

BAU: Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Dato Henry Harry Jinep turun padang bagi melakukan tinjauan ke empat selekoh di Jalan Sri-ieng hingga Jalan Duyoh yang dikenalpasti sebagai lokasi berbahaya kepada pengguna jalan raya di Bau pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru telah memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)  untuk memasang lampu jalan, mengecat garisan jalan dan memasang pemantul cahaya bagi mengatasi isu keselamatan di lokasi berkenaan.

Turut hadir ialah Jurutera Daerah JKR Bau, Sandra Jujane Dan Pemangku Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi. -EDISI UKAS

add comment