JUMAAT, 7 JANUARI 2022
LAWAS: Penduduk di daerah Lawas boleh menghadirkan diri secara terus atau ‘walk-in’ ke Klinik Kesihatan Trusan dan Klinik Kesihatan Merapok untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pejabat Kesihatan Daerah Lawas pada Khamis memaklumkan, Klinik Kesihatan Trusan akan beroperasi untuk memberikan vaksin pada 8 Januari dan 9 Januari 2022 iaitu Sabtu dan Ahad ini dari jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang.
Manakala, Klinik Kesihatan Merapok pula pada Sabtu, 8 Januari 2022 dari jam 8:00 pagi.
Sehubungan itu, individu yang berumur 18 tahun ke atas layak menerima suntikan dos penggalak sekurang-kurangnya selepas tiga bulan selepas menerima dos kedua Pfizer dan Sinovac digesa untuk mendapatkannya.
Mereka perlu mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada Febuari 2022 bagi mengekalkan status lengkap vaksin mereka.-EDISI UKAS