Pusat Khidmat Parlimen Santubong & Pihak JKR Serah Tapak Projek RTP Titian Konkrit Di Kampung Santubong

JUMAAT, 7 JANUARI 2022

KUCHING: Pusat Khidmat Parlimen Santubong dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada kontraktor pada Khamis.

Projek bernilai RM200,000 tersebut adalah untuk membina titian konkrit baharu yang akan mengantikan titian belian sedia ada di Kampung Santubong.

Pembinaan sepanjang 110 meter bagi fasa pertama dijangka bermula pada 11 Januari ini dan siap sepenuhnya dalam masa enam bulan. -EDISI UKAS

add comment