Terus Melakar Kecemerlangan, Warga Kerja Polis IPD Tatau Terima Sijil Penghargaan Dan Kenaikan Pangkat

JUMAAT, 7 JANUARI 2022

TATAU: Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tatau telah berjaya menurunkan kadar jenayah pada tahun lepas berbandinng tahun 2020. 

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Ak Reis berkata, kejayaan ini adalah komitmen bersama setiap anggota polis. 

“Untuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Tatau, perbandingan jenayah indeks tahun 2020 dan 2021, di mana kita telah berjaya menurunkan jenayah sebanyak 13 kes pada tahun 2021 berbanding 23 kes pada tahun 2020 atau penurunan sebanyak 43.48 peratus. 

“Bagi kadar pertuduhan untuk kes indek dan bukan indeks juga kita telah mencapai peratusan sebanyak 49.09 peratus. 

“Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) pula, jumlah kemalangan (parah, maut, ringan) juga menurun iaitu sebanyak 134 kes pada tahun 2020 berbanding 99 kes pada tahun 2021 atau penurunan sebanyak 74 peratus. 

“Bagi penyelesaian kes kemalangan trafik pula kita telah berjaya menyelesaikan 100 peratus bagi tahun 2020 dan tahun 2021,” katanya semasa berucap dalam Majlis Terima Sijil Penghargaan Sempena Penugasan Cemerlang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dan Kenaikan Pangkat di IPD Tatau pada Jumaat. 

Dalam majlis itu juga, DSP Jame turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua warga kerja IPD Tatau bersempena dengan Penugasan PRN12 Sarawak baru-baru ini. 

Turut diadakan pengesahan Pengesahan Pangkat dan kenaikan pangkat dari Koperal ke Sarjan dan penyampaian sijil penghargaan kepada Inspektor Aziz dan Sarjan Wellyson.-EDISI UKAS

add comment