Agriculture Facilitation Fund Bantu Peniaga Kecil Teruskan Kehidupan

SABTU, 8 JANUARI 2022

SARIKEI: Agriculture Facilitation Fund (AFF) terbukti telah banyak membantu golongan peniaga kecil melalui pelbagai jenis bantuan yang diberikan bagi meneruskan kehidupan semasa penularan pandemik Covid-19.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh, bantuan AFF ini meliputi pelbagai jenis perniagaan dan perusahaan termasuk bidang masakan, pembuatan, nelayan dan pertanian.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘High Tea’ Bersama komuniti bertempat di Pusat Masakan Kemas, Kampung Seberang Sarikei pada Jumaat.

Ujarnya, Kemas memainkan peranan penting dalam memberi ilmu dan pembelajaran bagi khusus kepada wanita dengan pelbagai aktiviti berkaitan bidang masakan dan kuih muih.

Pusat Masakan Kemas di Kampung Seberang Sarikei telah disertai seramai 87 peserta terdiri dari pelbagai kaum dari Bahagian Sarikei.

Majoriti daripada peserta kini telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan pemberian sijil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pencapaian Pentauliahan Terdahulu (PPT).

JPK merupakan agensi kerajaan yang dipertanggungjawab menggalak dan menyelaras strategi serta program latihan kemahiran sejajar dengan usaha bidang kemahiran.

Pelbagai modul masakan telah dipelajari oleh peserta antaranya masakan barat, masakan negeri, masakan Melayu pastry dan lain-lain.

Pada majlis tersebut, Datu Len telah menyumbangkan kerusi untuk kegunaan para peserta. – EDISI UKAS

add comment