Dato Henry Jinep Sertai Bisingai 15KM Walk 1 Puus-Redeems

SABTU, 8 JANUARI 2022

BAU : Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Dato Henry Harry Jinep telah meluangkan masa menyertai Program Bisingai 15 kilometer Walk 1 Puus-Redeems pada Sabtu.

Program anjuran Persatuan Pipig Pisoh yang bertemakan ‘For The Love Bisingai, Say No To Drug’ itu bertujuan mengajak masyarakat agar menolak penyalahgunaan dadah selain menjadikannya aktiviti sihat kepada para peserta.

Dato Henry yang juga ADUN Tasik Biru, telah melakukan pelepasan program itu pada jam 6:30 pagi.

Aktiviti berjalan kaki sejauh 15 kilometer yang melibatkan seramai lebih kurang 58 orang peserta itu bermula dari kawasan puus Kampung Bobak Sejinjang sehingga ke Pusat Redeems Jalan Apar-Segong.

Terdahulu, kesemua peserta berkenaan juga telah melakukan Ujian Saliva Kendiri (RTK) sebelum hadir program sebagai langkah memutuskan jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

add comment