Datuk Jerip Lawat Mangsa Kebakaran Di Siburan Village

SABTU, 8 JANUARI 2022

SIBURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil meninjau mangsa kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di Siburan Village pada Jumaat.

Dalam lawatan berkenaan, beliau yang juga Menteri Muda Pengangkutan Sarawak I turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah berkenaan.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut turut disaksikan Kapitan Siburan Village, Irene Chia.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.18 pagi pada Jumaat berjaya dikawal oleh pihak Balai Bomba Siburan dengan kekuatan lapan pegawai bomba. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – EDISI UKAS

add comment