Lawatan PPWS Kampung Tebelu Ke Kuching Kukuhkan Pertubuhan

SABTU, 8 JANUARI 2022

KUCHING : Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Tebelu telah mengadakan lawatan ke Bandar Raya Kuching pada Jumaat dan Sabtu. 

Rombongan diketuai Pengerusi PPWS Kampung Tebelu, Hasmah Bujang bersama dengan 19 ahli yang lain.

Selain melawat tempat-tempat tarikan pengunjung, turut diadakan acara sukaneka di Pantai Santubong.

Katanya, aktiviti tahunan tersebut bertujuan menambah pengalaman sesama ahli di samping mengukuhkan lagi pertubuhan. -EDISI UKAS

add comment