Masalah Benteng Kampung Manggut Saribas Dalam Perancangan

SABTU, 8 JANUARI 2022

SARIBAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam turun padang pada Jumaat bersama pegawai dari Jabatan Pengairan & Saliran (DID) Bahagian Betong untuk mencari solusi bagi menangani masalah benteng air yang pecah di Kampung Manggut akibat fenomena air pasang besar setinggi 6.3 meter yang berlaku baru-baru ini.

Sambil meninjau lokasi tapak benteng air tersebut, beliau turut meninjau beberapa buah rumah penduduk kampung yang terjejas akibat air pasang besar tersebut.

Menurut penerangan dari DID Betong, bagi menangani masalah benteng yang telah pecah tersebut, kerja-kerja menimbus dan pembinaan ‘Flap Gate’ diperlukan bagi mengatasi hal yang sama berlaku pada masa akan datang.

Cadangan tersebut dikemukan bagi mengawal sistem aliran sungai yang boleh menjejaskan benteng tersebut.

Mohammad Razi turut menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk Kampung Manggut yang memerlukan sumbangan untuk tujuan perubatan. – EDISI UKAS

add comment