Media Main Peranan Penting Bantu GPS Menang Dalam PRN-12

SABTU, 8 JANUARI 2022

SIBU: Media memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak yang lepas untuk menyampaikan maklumat yang sahih kepada pengundi.

Menteri Muda Pendidikan dan Inovasi Dr. Annuar Rapaae yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, beliau mengakui PRN-12 agak mencabar baginya ekoran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat dikenakan sehingga menyukarkan dirinya untuk berkomunikasi dengan para pengundi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media.

“Media sangat adil dalam menangani ini dan itulah cara yang sebetulnya dan saya tidak kisah apa yang anda ingin tulis selagi ianya pekara yang benar dan apa yang ingin saya sampaikan difahami orang awam,”katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Hargai Media di Hotel Tanahmas Sibu pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr. Annuar berharap agar media di Sibu terus menjalankan tugas mereka dengan telus.

Sementara itu, beliau turut menyatakan akan menyumbangkan dana berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Media Sibu untuk kegunaan aktiviti dalam persatuan.-EDISI UKAS

add comment