Penduduk Kampung Sungan Terima Manfaat Selepas Jambatan Baharu Siap Kelak

SABTU, 8 JANUARI 2022

TEBEDU: Pembinaan jambatan baharu di Kampung Sungan bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat apabila ia siap kelak.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2021 itu kini telah mencapai 40 peratus pelaksanaannya dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan lagi.

Menelan kos sebanyak RM250,000, jambatan tersebut bakal memberi laluan kepada pembukaan tanah untuk aktiviti pertanian dan pembinaan rumah baharu.

Di samping itu, penduduk setempat juga akan dapat menghubungi jalan pertanian serta sebuah perkampungan baharu di situ. -EDISI UKAS

add comment