SABTU, 8 JANUARI 2022
KUCHING: Seramai 51 kontraktor daripada 19 buah syarikat yang berdaftar di bawah Sarawak Energy Berhad (SEB) hadir dalam program Working at Height (WAH) bertempat di Center Of Technical Excellence (CENTEXS) Kuching pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Akademi Industri CENTEXS Dr Nadianatra Musa berkata, program WAH ini diadakan selama satu hari bagi melatih peserta dengan teori dan demonstrasi berhubung dengan WAH tersebut.
“Program WAH mempunyai sijil daripada industri di mana ia telah diiktiraf untuk memastikan keselamatan diperlukan sepanjang pelaksaan projek yang dijalankan oleh kontraktor daripada SEB, fokus kerjasama antara CENTEXS dan SEB adalah untuk menekankan kepada kapasiti development ataupun pembangunan kemahiran bersama-sama kontrak yang berkaitan dengan SEB berhad,” beliau berkata ketika selesai melancarkan program tersebut pada Sabtu.
Dalam pada itu,Senior Manager (Occupational Safety) Sarawak Energy Berhad, Effendy Syaiful Abdullah juga berkata, program kerjasama ini juga bagi memastikan para pekerja SEB dan kontraktor yang terlibat dalam kerja yang berisiko tinggi dapat mempeljari dan menjalankan kerja dengan selamat selaras dengan panduan Sarawak Energy ‘Everybody Goes Home Safety’.
“Program kerjasama ini memastikan para pekerja SEB dan kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja yang berisiko tinggi dapat mempelajari dan menjalani latihan dan memastikan bahawa mereka dapat mejalankan kerja dengan selamat selaras dengan mantera SEB “everybody goes home safety” kita iaitu setiap pekerja dan kontraktor yang datang bekerja pada setiap hari balik dengan selamat,” ujarnya.
Beliau menambah lagi pihaknya akan memastikan pihak kontraktor dan pekerja SEB mengadakan latihan dengan CENTEXS supaya para pekerja dapat meningkatkan kemahiran di samping pengatahuan mereka berkenaan dengan keselamatan di tempat kerja.
Dalam pada itu, SEB dan CENTEXS mensasarkan 500 peserta pada setiap tahun menghadiri program tersebut untuk mempertingkatkan kualiti dan keselamatan pekerja yang berdaftar di bawah SEB di samping menjalankan program atau kursus yang berkaitan dengan SEB.
Turut hadir Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri; Senior Executive (Contract & Procurement, Bumiputera Participation SEB, Awang Abdul Razak Awang Abdul Hamid dan para kontraktor yang terlibat. -EDISI UKAS