AHAD, 9 JANUARI 2022
KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Januari 2022, Selasa hingga 13 Januari ini.
MetMalaysia meenrusi ciapan di twitter pada jam 12:00 tengahari Sabtu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri AMan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)
Amaran tahap waspada atau kuning itu merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari. -EDISI UKAS