Mangsa Ribut Di Kampung Opar Terima Bakul Makanan

AHAD, 9 JANUARI 2022

BAU: Prihatin dengan musibah yang dialami 27 ketua isi rumah di Kampung Opar yang terjejas akibat kejadian ribut baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Tasik Biru telah menyantuni mangsa-mangsa ribut di kampung berkenaan.

Kesemua ketua isi rumah yang terjejas telah menerimba bantuan bakul makanan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Sarawak pada Jumaat.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah JHEV Sarawak, Mejar Pahot Jol, Pegawai Tadbir Khas di Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Datuk Stephen Mundaw, Ketua Cawangan PVATM Cawangan Tasik Biru, Joseph Ranger dan Ketua Kampung Opar, Dewen Giam. EDISI UKAS

add comment