NADMA Arah JPBN Dan JPBD Di Sarawak Diaktifkan

AHAD, 9 JANUARI 2022

KUCHING: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN/Daerah (JPBD) di Sarawak diaktifkan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa buah kawasan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada tengah hari Sabtu. 

Menursi kenyataannya itu, NADMA meminta JPBN dan JPBD meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutamanya di kawasan berisiko tinggi. 

Selain itu, JPBN dan JPBD juga perlu memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas serta Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. 

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan pada tahap kuning dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu bermula 11 hingga 13 Januari ini.-EDISI UKAS

add comment