ADUN Bukit Begunan Hargai Pengundi Di Selanjan Angkong Asal

ISNIN, 10 JANUARI 2022

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang turun padang bagi menyantuni penduduk di Rumah Francis Dublin, Selanjan Angkong Asal pada Ahad.

Beliau memberitahu, ianya adalah bagi memberikan penghargaan kepada para pengundi di kawasan tersebut yang telah memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN-12) Sarawak.

Dalam program sama, Datuk Mong memaklumkan peruntukan RM50,000 untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi membaik pulih Rumah Francis Dublin, manakala untuk Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita masing-masing diperuntukkan RM10,000.

Beliau menambah, peruntukan RM50,000 untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi membaik pulih Rumah Igoh, Selanjan Jalong, manakala untuk Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita masing-masing diperuntukkan RM10,000.

Turut hadir ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit. -EDISI UKAS

add comment