Bomba Zon Miri Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir

ISNIN, 10 JANUARI 2022

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri telah bersiap sedia menggerakkan semua kemudahan menyelamat termasuk perkhidmatan helikopter bagi menghadapi Musim Monsun yang kemungkinan menyebabkan banjir sejak akhir tahun 2021.

Ketua Zon 6 Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB) Law Poh Kiong berkata semua anggota kini dalam keadaan bersiap sedia termasuk dari segi penyediaan kenderaan bagi tugas operasi menyelamat.

“Kami akan gerakkan segala kemudahan termasuk perkhidmatan helikopter di Miri bagi operasi menyelamat terutama di kawasan sukar dihubungi dengan jalan darat,” katanya kepada media ketika ditemui Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) selepas menyerahkan 150 keping kalendar NSJA kepada JBPM Zon 6 Miri pada Ahad. 

Ujarnya lagi, setiap kawasan rendah yang sering berdepan situasi banjir akan dipantau balai-balai Bomba di Miri, Lopeng, Batu Niah dan Marudi serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang kawasan mereka kerap dinaiki air.

Kawasan ini akan dipantau balai Bomba dengan kekuatan anggota yang dibantu kenderaan pacuan empat roda dan bot Bomba.

Bagi tujuan operasi menyelamat pada musim tengkujuh juga, beliau memberitahu bahawa semua cuti anggota kini dikawal bagi memastikan kekuatan pasukan tidak kurang dari 80 peratus setiap masa dalam keadaan siap siaga.

Tambah Law lagi semua kejadian banjir yang berlaku di Bahagian Miri pula akan dipantau keseluruhannya oleh  Jawatankusa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri yang diketuai Residen Miri.

“JPBB Miri akan mengumpul semua maklumat setiap agensi dan akan mengerakkan agensi berkenaan mengikut situasi termasuk dalam operasi pemindahan dan menyelamat,” tambahnya. 

Law juga meminta penduduk di Miri supaya berwaspada dengan kejadian banjir kilat yang mungkin berlaku ekoran cuaca musim monsun ketika ini dan masyarakat juga diminta sentiasa mendapatkan berita atau maklumat yang sahih seperti mengikut berita cuaca setiap masa yang diumumkan Jabatan Kaji Cuaca Malaysia.

Beliau pada masa yang sama menasihati penduduk yang tinggal di kawasan rendah agar sentiasa berwaspada dengan kenaikan paras air.

“Bagi mereka yang tinggal di pinggir sungai, kami menasihati mereka sentiasa memantau kenaikan paras air sungai dan bersedia berpindah jika diarahkan,” jelasnya.

Penduduk juga perlu menyimpan dokumen penting dan menghubungi talian kecemasan 999 dan pihak berkuasa seperti Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jika menyedari kenaikan paras air secara mendadak.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia