Dato Henry Harry Turun Padang Bagi Lawatan Kerja Ke Tokong Lung Hu Kong

ISNIN, 10 JANUARI 2022

BAU: Menteri Pengangkutan II Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah turun padang bagi melakukan lawatan kerja ke Tokong Lung Hu Kong di Jalan Pengkalan Musi disini pada Ahad.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mengenalpasti keperluan penduduk Kampung Musi dan juga bagi memenuhi permintaan yang menginginkan Tokong Lung Hu Kong menjadi salah satu tempat pelancongan di kawasan berkenaan.

Dato Henry memaklumkan, Persatuan Penganut Dewa Lung Hua Kong sebelum ini telah memohon peruntukan bagi membina patung naga terbesar di Sarawak di tokong itu.

Beliau turut menasihati jawatankuasa persatuan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan tokong bagi menarik minat pelancong. -EDISI UKAS

add comment