Pemuda DUN Nangka Anjur Program Gunting Rambut Percuma Kepada Pelajar Sekolah

ISNIN, 10 JANUARI 2022

SIBU : Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka bersama Pemuda DUN Nangka telah menganjurkan Program Gunting Rambut Percuma untuk pelajar sekolah dan terhad kepada 100 orang terawal pada Sabtu. 

Program tersebut diadakan sebagai persediaan pelajar untuk kembali semula ke sekolah.

Difahamkan, program tersebut telah dilaksanakan di empat buah lokasi iaitu Taman Selera Harmoni, Dewan MUC, Dewan Masyarakat Teku dan Dewan Kampung Jeriah.

Dalam pada itu, kesemua lokasi tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa serta pelajar. – EDISI UKAS

add comment