Pemuda PBB Meradong Bantu Pendaftaran Baharu Dan Kemaskini BKM bagi Tahun 2022

ISNIN, 10 JANUARI 2022

BINTANGOR: Program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tahun 2022 anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong telah diadakan di Dewan Surau Darul Ikhsan Bintangor pada Sabtu. 

Pendaftaran baharu dan kemaskini BKM telah dibuka bermula 1 hingga 31 Januari 2022 bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing. 

Bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat kemaskini. 

Selain itu, program tersebut juga adalah bagi membantu mengemaskini data maklumat atau permohonan yang baharu secara manual bagi kalangan warga emas yang berumur 60 Tahun ke atas. 

Manakala bagi kategori bujang pula, boleh melayari media sosial bagi mengemaskini data dan jika ada permohonan yang baharu akan dibantu oleh Ahli Pemuda PBB Meradong.

Program tersebut berjalan dengan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.- EDISI UKAS

add comment