ISNIN, 10 JANUARI 2022
LAWAS: Proses pemberian vaksin dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Trusan pada Sabtu berjalan lancar.
Pada sebelah paginya jumlah orang ramai yang datang mendapatkan vaksin dos penggalak sangat menggalakkan sama ada menerusi temu janji atau datang terus ke PPV Klinik Trusan.
Ini diteruskan pada sebelah petang, apabila ramai penduduk datang mendapatkan vaksin dos penggalak.
PPV Klinik Trusan beroperasi bermula jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang. -EDISI UKAS