Sesi Persekolahan Dibuka Semula, Pihak Sekolah Kekal Patuhi SOP

ISNIN, 10 JANUARI 2022

SEBUYAU: Pihak sekolah telah bersedia lebih awal bagi sesi persekolahan yang dibuka semula pada hari ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tebelu, Zamahri Piee memberitahu, pihak sekolahnya telah membuat persediaan seawal dua minggu bagi menyambut kehadiran murid ke sekolah dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jelasnya, para murid disambut oleh guru-guru sejak jam 6.30 pagi dan mereka diiringi untuk menjalani pemeriksaan suhu badan dengan memastikan penjarakan sosial dipatuhi sebelum dibenarkan memasuki kelas.

Seorang bapa bernama Jasni Amin ketika ditemui berkata, persiapan pakaian dan peralatan sekolah dilakukan sebaik sahaja diumumkan mengenai pembukaan semula sekolah di Sarawak.

Dalam pada itu, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) turut berkesempatan menyampaikan sumbangan set peralatan pengimbas suhu dan pencuci tangan kepada pihak sekolah. -EDISI UKAS

add comment