Terjatuh Dari Tingkat 4, Warga Emas Patah Kaki

ISNIN, 10 JANUARI 2022

BINTULU: Seorang warga emas terjatuh dari tingkat 4 flat kediaman di Sungai Plan, Bintulu pada Sabtu. 

Bagaimanapun, mangsa Sulau Ligan, 94 tahun bernasib baik apabila terjatuh di atas bumbung tingkat satu dan patah kaki sebelah kanan. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu telah menerima panggilan kecemasan pada 7:01 pagi dan bergegas ke tempat kejadian. 

Dalam kerja menyelamat, Bomba telah menggunakan tangga untuk membawa mangsa turun dari bumbung tingkat 1 dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Ambulans Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.-EDISI UKAS

add comment