PMS Gedong Akan Anjur Program Berkhatan

SELASA, 11 JANUARI 2022

GEDONG: Persatuan Melayu Sarawak (PMS) Gedong akan menganjurkan Program Berkhatan untuk murid Tahun 6 yang beragama Islam di semua Sekolah Kebangsaan (SK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Sehubungan itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pusat Khidmat Gedong pada Isnin, bagi membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perincian program.

Menurut Pengerusi PMS Gedong, Kaunselor Abang Josmani Abang Jemali, program ini diadakan bertujuan membantu ibu bapa atau penjaga yang kurang berkemampuan di kawasan Gedong, Ulu Gedong dan Pangkor membiayai kos pengurusan berkhatan bagi anak masing-masing.

Oleh itu, PMS Gedong akan mengutip dana bagi menampung kos pembiayaan aktiviti berkhatan yang dijangka akan membabitkan lebih 100 orang murid di kawasan DUN Gedong.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengerusi PMS, Ketua Kaum Masri Jamari, Naib Pengerusi PMS,Othman Ibrahim, Setiausaha PMS,Alham Mustapha Obeng, Bendahari PMS,Hasanah Majais, Ketua Kaum Merasan Muda dan Ketua Kaum Busrah Ahmad.-EDISI UKAS

add comment