Sebuah Lagi Surau Akan Dibina Di Bandar Baru Samariang

SELASA, 11 JANUARI 2022

KUCHING : Sebuah lagi surau akan dibina di Taman Ria, Bandar Baru Samariang.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Politik, Dato Sri Syed Hamzah yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam lawatan ke tapak Projek Pembinaan Surau Padang Perumahan Fasa 4, Bandar Baru Samariang pada Isnin.

Cadangan pembinaan surau itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 4,157 penduduk beragama Islam di Bandar Baru Samariang.

Setakat ini, kawasan tapak masih menunggu status tanah dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan kebenaran dari Majlis Islam Sarawak untuk memulakan pembinaannya. -EDISI UKAS

add comment