Ahli Gerempong Indu Bintong Terima Sumbangan Kain Batik

RABU, 12 JANUARI 2022

LUBOK ANTU: Setiap ahli Gerempong Indu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan menerima kain batik.

Kain batik ini akan digunakan untuk membuat pakaian seragam Gerempong Indu Bintong.

Sumbangan telah diserahkan oleh Baby Lanyau, mewakili isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datin Dorothy Sylvester Pungga kepada Tuai Rumah Temeling Ibai dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bintong pada Selasa.-EDISI UKAS

add comment