APM Pantau Tiga Kawasan Berisiko Banjir Di Asajaya

RABU, 12 JANUARI 2022

SAMARAHAN: Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) melakukan pemantuan bagi kawasan berisiko banjir di Asajaya pada Selasa.

Lokasi yang terlibat adalah Kampung Tambirat Lot, Kampung Sampun Tebun dan Kampung Pendam Ulu.

Menerusi pemantauan APM, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) belum dibuka susulan tiada rumah dinaiki air di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, pihak APM turut menasihati penduduk setempat bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang dihadapi ketika musim hujan.

Penduduk yang menghadapi sebarang kecemasan boleh menghubungi talian 082-827091 atau talian kecemasan 999. -EDISI UKAS

add comment