RABU, 12 JANUARI 2022
SAMALAJU: Seorang mangsa yang mempunyai masalah berat badan berlebihan telah meninggal dunia di Kuaters Pekerja Taman Perindustrian Samalaju pada Selasa.
Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10:45 pagi.
Tiba dilokasi kejadian, mangsa telah dipercayai meninggal dunia dan disahkan pasukan perubatan Klinik Kesihatan Kampung Nyalau.
Anggota Bomba bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan mayat mangsa tersebut keluar melalui balkoni bangunan tersebut.
Mayat tersebut kemudian dibawa turun menggunakan pengusung dan dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya. -EDISI UKAS