Masalah Kesesakan Jalan Raya Di Batu 7 Dijangka Selesai April Ini

RABU, 12 JANUARI 2022

KUCHING: Kesesakan jalan raya di sekitar kawasan Batu 7 telah menjadi permasalahan kepada pengguna yang menggunakan jalan ini sejak sekian lama. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, bagi mengatasi masalah ini langkah memanjangkan masa lampu isyarat untuk laluan dari Serian ke Kuching dari jam 6:00 pagi hingga 9:00 pagi. 

Tambahnya lagi, masa lampu isyarat bagi laluan Kuching ke Serian telah dipanjangkan dari jam 5:00 petang hingga 7:30 malam. 

“Pemanjangan masa lampu isyarat juga dilakukan bagi laluan dari Jalan Haji Baki ke Sentosa dan Sentosa ke Jalan Haji Baki. 

Pihak MPP akan terus mendesak kontraktor untuk menyiapkan flyover ini secapat mungkin. 

“Pihak kontraktor berjanji akan menyiapkannya pada bulan April ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mengadakan perbincangan dengan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi mencari jalan penyelesaian masalah jalan raya di Batu 7, Kuching pada Selasa. 

Dalam pada itu, Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memberitahu beliau dan ADUN Kota Sentosa Yap Yau Sin telah menerima banyak aduan berhubung dengan kekesakan jalan raya di kawasan Batu 7 ini. 

Beliau menasihatkan kepada pengguna agar sentiasa bersabar semasa menggunakan jalan ini buat sementara waktu sehingga pembinaan jejambat Batu 7 ini selesai April nanti. -EDISI UKAS

add comment