Pejabat Daerah Samarahan Lawat Tapak Projek Siap PPRT Fasa 3

RABU, 12 JANUARI 2022

SAMARAHAN: Pejabat Daerah Samarahan melakukan lawatan ke tapak projek siap bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Fasa 3 di sini pada Selasa.

Lawatan tersebut melibatkan PPRT di Kampung Muara Tuang, Kampung Sungai Batu, Kampung Sindang, Kampung Baru, Kampung Meranek, Kampung Sungai Mata, Kampung Nakong, Kampung Naie Baru, Kampung Merdang Gayam, Kampung Sijiram, Kampung Sungai Empit, Kampung Stakan Melayu dan Kampung Sebayor.

PPRT adalah merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak membantu golongan kurang berkemampuan bagi pelaksanaan kerja baik pulih bernilai RM15,000 untuk sebuah rumah.

Penerima PPRT merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak yang telah meringankan beban memperbaiki kediaman mereka. -EDISI UKAS

add comment