Penduduk Kampung Sageng Dan Taman Hijrah Diminta Waspada Banjir

RABU, 12 JANUARI 2022

SIMUNJAN: Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menasihati penduduk Kampung Sageng dan Taman Hijrah supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan berlaku bencana banjir.

Ini disebabkan oleh amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Meteorologi Malaysia yang bermula dari Selasa sehingga Khamis.

APM telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pemantauan ke kawasan yang berisiko banjir iaitu di Kampung Sageng dan Taman Hijrah pada Selasa.

Pemantauan yang dilakukan di lokasi terbabit mendapati keadaan adalah masih terkawal tetapi penduduk masih perlu berhati-hati oleh kerana cuaca yang tidak menentu.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kawasan banjir boleh menghubungi di talian 082-827091.-EDISI UKAS

add comment